Friday 1 April 2011

Objektif PPIM di peringkat sekolah

Objektif Pergerakan Puteri Islam Malaysia digubal dengan tujuan untuk merealisasikan kandungan falsafahnya. Walaubagaimanapun Pergerakan Puteri Islam Malaysia menyedari bahawa terdapatnya perbezaan umur dan perbezaan keperluan berdasarkan perbezaan kemampuan diantara ahli-ahli dari kalangan para pelajar sekolah menengah dan rendah dengan institusi pengajian tinggi, maka Pergerakan Puteri Islam Malaysia menggariskan objektif-objektif yang sesuai dengan keprihatinan diri masing-masing seperti berikut:-

Objektif di Peringkat Sekolah

Objektif Pergerakan Puteri Islam Malaysia di peringkat sekolah rendah dan menengah disusun dengan tujuan seperti berikut:-

1.1  Melahirkan satu masyarakat muda yang
  •       Taat kepada Allah, Raja dan Negara
  •       Berilmu
  •       Berakhlak mulia
  •       Berbakti kepada masyarakat

1.2  Membimbing gadis-gadis dalam segi akhlak, rohani dan jasmani supaya menjadi insan kamilah,   berilmu, mengajar dan memperkenalkan Islam supaya kelak hidup mereka berasaskan jalan  yang diterima Allah S.W.T. dan dapat berbakti untuk Agama, Nusa dan Bangsa.

1.3  Membentuk sebuah kumpulan yang beridentiti sendiri, progresif dan di terima masyarakat.

1.4  Mengukuhkan persaudaraan antara generasi muda dan menghormati generasi tua.

No comments:

Post a Comment