Tuesday 15 March 2011

Lagu PPIM

LAGU PERGERAKAN PUTERI ISLAM MALAYSIA


Puteri lembaga Islam riang gembira
Tetap taat kepada Allah dan Raja
Berkorban untuk agama dan negara
Dunia akhirat mendapat bahagia

Berusaha mencara pengetahuan
Berbakti membuat kebajikan
Belajar mencapai kemajuan
Bersemangat penuh keimanan

Puteri lembaga Islam riang gembira
Tetap taat kepada Allah dan Raja
Berkorban untuk agama dan negara
Dunia akhirat mendapat bahagia


Monday 14 March 2011

Ikrar Puteri

IKRAR PUTERI


Bahawa kami, ahli-ahli Pergerakan Puteri Islam Malaysia
berikrar akan :
      • Taat kepada Allah, Rasul, pemerintah, guru dan ibu bapa
      • Memperkukuhkan iman dan memperbaiki akhlak
      • Membangunkan diri dengan sempurna
      • Mengukuhkan silaturrahim sesama puteri
      • Berkhidmat untuk keluarga, masyarakat dan negara



    Sunday 13 March 2011

    Visi & Misi PPIM

    VISI

    Melahirkan generasi masyarakat yang mempunyai ciri-ciri berikut :
    • Beriman dan berakhlak murni berdasarkan prinsip-prinsip Islam.
    • Mempunyai kesihatan diri dan mampu ;membangunkan diri secara bersepadu iaitu dari
      segi spiritual, intelektual, emosi, sosial dan fizikal.
    • Mempunyai rasa kasih dan hubungan silaturrahim sesama puteri dan terhadap diri, keluarga, masyarakat dan negara.  



    MISI
    • Memperlihatkan kepada puteri kebenaran Al-Quran dan hadith di dalam konteks alam dan kehidupan yang nyata melalui program- program yang dijalankan.
    • Memberikan pendidikan dan latihan tidak formal kepada masyarakat khususnya puteri melalui aktiviti-aktiviti yang mencabar dan menarik.
    • Melengkapkan puteri dan masyarakat dengan pengetahuan dan kemahiran supaya dapat menyumbang secara positif kepada diri, keluarga dan masyarakat.


      Saturday 12 March 2011

      Bendera PPIM




      • Bendera PPIM berbentuk segiempat, berwarna merah jambu, dan ditengah-tengah terdapat lencana pergerakan. Ukuran lencana adalah sepertiga daripada ukuran bendera.
      • Penggunaan
               - Setiap upacara rasmi
               - Tatacara Perjumpaan
                                                      

      Friday 11 March 2011

      Logo & Lencana PPIM



      PENGERTIAN LOGO
         
      • Logo PPIM dibentuk dengan suatu lingkungan bulat berwarna hijau diapit dengan lingkungan berwarna kuning dan di dalam lingkungan hijau itu bertulis PERGERAKAN PUTERI ISLAM MALAYSIA
      • Di tengah logo tersebut terdapat satu bulatan PUTIH dan di  dalamnya ditulis dengan huruf jawi permulaan daripada  perkataan “PERGERAKAN PUTERI ISLAM."( Pa Pa Alif)
      • Di bawah logo ini tertulis perkataan :-
                   



      “PUTERI"-Bagi Ahli-Ahli Puteri
                       



      “PEMIMPIN PUTERI" -Bagi Pemimpin-Pemimpin









      PENGERTIAN WARNA
      • Merah Samar : Melambangkan keharmonian dan kelembutan
      • Hijau : Agama
      • Taqwa sebagai TERAS
      • Putih : Kesucian
      • Kuning : Kesetiaan dan ketaatan 



        Saturday 5 March 2011

        Bengkel Pembinaan Blog


        Assalamualaikum wbt
        Percubaan pertama guru-guru  penasihat Pergerakan Puteri Islam SMK Skudai menerokai alam blog.